CANSELOR KE-4 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
Meneruskan Legasi Kepimpinan: Tun Musa Aman sebagai Canselor Keempat Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Tun Dato’ Seri Panglima Musa Haji Aman merupakan seorang tokoh politik dan pentadbiran berpengalaman, yang pernah menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri Sabah dari tahun 2003 hingga 2018.Sumber Foto: Laman Web Rasmi Dewan Undangan Negeri Sabah (https://dun.sabah.gov.my )
Sekilas Mengenai Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan
Majlis penyerahan Watikah Pelantikan Canselor ke-4 Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berlangsung dengan penuh istiadat di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu pada 2 November 2025, menandakan permulaan tempoh pelantikan beliau dari 1 Oktober 2025 hingga 31 Disember 2028. Watikah pelantikan diserahkan oleh YB Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, mewakili KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Sumber foto: Facebook Rasmi Universiti Malaysia Sabah (https://www.facebook.com/UMSofficial)
Majlis penuh istiadat ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat yang terdiri daripada:
- Toh Puan Datin Seri Panglima Faridah Tussin, isteri kepada Tun Dato’ Seri Panglima Musa Haji Aman
- Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah
- Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah
- Ahli Lembaga Pengarah Universiti, barisan pengurusan kanan UMS, serta tetamu jemputan khas
Kehadiran para pemimpin dan tokoh ternama ini menyerikan lagi majlis bersejarah tersebut, menzahirkan sokongan padu terhadap pelantikan rasmi Tun Dato’ Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai Canselor Universiti Malaysia Sabah.
Sumber foto: Facebook Rasmi Universiti Malaysia Sabah (https://www.facebook.com/UMSofficial)
Peranan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Menurut Subseksyen 10(1) Perlembagaan Universiti Malaysia Sabah, Canselor merupakan ketua universiti yang memainkan peranan penting sebagai lambang tertinggi kehormatan institusi. Antara peranan utama Canselor ialah:
- Menjadi simbol kehormatan tertinggi universiti, mencerminkan martabat dan integriti Universiti Malaysia Sabah.
- Mempengerusikan majlis konvokesyen apabila berkenan hadir, sebagai tanda penghormatan kepada kejayaan para graduan.
- Menjadi penaung utama kepada pelbagai aktiviti akademik, sosial dan pembangunan pelajar di universiti.
Melambangkan hubungan harmoni antara universiti, kerajaan dan masyarakat, selaras dengan aspirasi universiti sebagai institusi ilmu untuk semua.
Sumber foto: Facebook Rasmi Universiti Malaysia Sabah (https://www.facebook.com/UMSofficial)